skip to main |
skip to sidebar
Thursday 31 March 2011
Monday 28 March 2011
RPH TANAMAN HIASAN
Pengajaran Harian Kemahiran Hidup
Oleh: Azreyzan Bin Bahaman
Oleh: Azreyzan Bin Bahaman
3 PISMP RBT 2
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
Kelas : 4 Bestari
Tarikh : 19 julai 2011
Masa : 9.00 – 10.00 pagi
Bilangan pelajar : 33/33
Tajuk : Tanaman Hiasan
Sub Tajuk : Penanaman
Kemahiran : Pelajar dapat mengenal dan memilih bekas tanaman yang sesuai. Selain itu pelajar dapat menyediakan bekas tanaman dengan cara yang betul.
Pengetahuan Sedia : Pelajar telah mengetahui jenis-jenis pokok hiasan dan cara-cara memilih biji
Ada benih yang baik.
Ada benih yang baik.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat:
1. Menyatakan 5 daripada 7 jenis bekas tanaman hiasan yang sesuai.
2. Menyatakan 3 daripada 4 panduan memilih bekas tanaman dengan betul.
3. Menyatakan 2 daripada 3 langkah menyediakan bekas tanaman dengan betul.
Nilai-nilai Murni : Kerjasama, Bertanggungjawab,Menyayangi tumbuhan dan alam sekitar, dan Estetika
Kemahiran Berfikir : Membuat Inferens, menjana idea, membuat gambaran mental, mengingat kembali, menyusun ikut keutamaan dan membuat rumusan.
Bahan Bantu Mengajar: Power point,video, pensil, pemadam, nota edaran, gambar digital,marker pen.
Pendidikan Alam Sekitar: Mengekalkan kitaran oksigen disamping mengindahkan kawasan/pemandangan.
Kajian Masa Depan : Komersialkan tanaman hiasan sebagai punca pendapatan sampingan.
Langkah/Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti P&P | Catatan |
Set induksi (5minit) | Pengenalan kepada tajuk penanaman pokok hiasan | 1. Murid melihat video animasi. 2. Kartun menunjukkan seorang kanak terjumpa biji benih dan mula menanam 3. Guru memperkenalkan tajuk pengajaran hari ini “Penanaman Pokok Hiasan” | BBM: Gambar digital KBKK: Membuat inferens, menjana idea Nilai-nilai Murni: Menyayangi alam sekitar, bertanggungjawab PAS: Pokok hiasan dapat membekalkan kitaran oksigen. |
Langkah 1 (10 minit) | Mengenal bekas tanaman 1. Jenis bekas tanaman: i) pasu ii) beg politena 2. Bahan kitar semula : iii) botol plastik iv) periuk terbuang v) tayar terbuang vi) meja terbuang vii) baldi terbuang | 1. Murid diedarkan nota sebagai rujukan. 2. Murid melihat tayangan power point sambil mendengar penerangan guru mengenai jenis bekas tanaman. | BBM: Powerpoint , nota edaran KBKK: Membuat gambaran mental, mengingat kembali |
Langkah 2 (15 minit) | Memilih bekas tanaman. i. bahan bekas yang bersesuaian dengan jenis tanaman. ii. bekas yang mempunyai lubang di bawah iii. Pastikan bekas mudah dibersihkan iv. menarik | 1. Murid dikehendaki berada dalam kumpulan dan berbincang mengenai pemilihan bekas tanaman yang sesuai berdasarkan nota rujukan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan mereka. 3. Kumpulan terawal akan menerima hadiah pemadam. | BBM: nota edaran, pemadam KBKK: Membuat gambaran mental,mengingat kembali Nilai: Estetika |
Langkah 3 (15 minit) | Penyediaan bekas tanaman
3. memasukkan medium penanaman | 1. Murid melihat tayangan power point dan video sambil mendengar penerangan guru mengenai langkah penyediaan bekas tanaman hiasan. | BBM: Powerpoint KBKK: Membuat gambaran mental, mengingat kembali, menyusun mengikut keutamaan |
Penilaian (10 minit) | Kuiz berkumpulan | 1. Setiap kumpulan diberikan, marker pen 2. Murid diberi taklimat mengenai syarat pertandingan, masa menjawab ialah 15 saat. 3. Murid dikehendaki menjawab secara bertulis dengan memaparkan jawapan pada papan tulis.. 4. Kumpulan yang menang akan menerima hadiah pensil daripada guru. | Nilai-nilai murni: Kerjasama BBM: pensel, marker pen, papan tulis, |
Penutup (5 minit) | Rumusan: 1. Penanaman pokok hiasan a. Mengenal bekas tanaman b. Memilih bekas tanaman c. Menyediakan bekas tanaman | 1. Murid dibimbing untuk membuat rumusan. 2. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai hasil kerja telah mereka hasilkan. Tugasan susulan: Murid dikehendaki membuat bekas tanaman daripada bahan terbuang. | Kemahiran Berfikir: membuat rumusan Kajian Masa Depan: Komersialkan penanaman pokok hiasan sebagai punca pendapatan sampingan |
Sunday 27 March 2011
Blog Archive
Sample Text
About me
Powered by Blogger.