Monday 28 March 2011

RPH TANAMAN HIASAN

Pengajaran Harian Kemahiran Hidup
Oleh: Azreyzan Bin Bahaman
3 PISMP RBT 2
Mata Pelajaran                      :              Kemahiran Hidup
Kelas                                       :               4 Bestari
Tarikh                                     :               19 julai 2011
Masa                                        :               9.00 – 10.00 pagi
Bilangan pelajar                    :               33/33
Tajuk                                       :               Tanaman Hiasan
Sub Tajuk                               :               Penanaman
Kemahiran                            :               Pelajar dapat mengenal dan memilih bekas tanaman yang sesuai. Selain itu pelajar dapat menyediakan bekas tanaman dengan cara yang betul.
Pengetahuan Sedia             :               Pelajar telah mengetahui jenis-jenis pokok hiasan dan cara-cara memilih biji
Ada                                                         benih yang baik.
Hasil Pembelajaran              :               Di akhir pengajaran,  pelajar dapat:
1.           Menyatakan 5 daripada 7 jenis bekas tanaman hiasan yang sesuai.
2.           Menyatakan 3 daripada 4 panduan memilih bekas tanaman dengan betul.
3.           Menyatakan 2 daripada 3 langkah menyediakan bekas tanaman dengan betul.
Nilai-nilai Murni                   :               Kerjasama, Bertanggungjawab,Menyayangi tumbuhan dan alam sekitar, dan Estetika
Kemahiran Berfikir              :               Membuat Inferens, menjana idea, membuat gambaran mental, mengingat kembali, menyusun ikut keutamaan dan membuat rumusan.
Bahan Bantu Mengajar:                      Power point,video,  pensil, pemadam, nota edaran, gambar digital,marker pen.
Pendidikan Alam Sekitar:                   Mengekalkan kitaran oksigen disamping mengindahkan kawasan/pemandangan.
Kajian Masa Depan              :               Komersialkan tanaman hiasan sebagai punca pendapatan sampingan.











Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set induksi
(5minit)
Pengenalan kepada tajuk penanaman pokok hiasan
1.       Murid melihat video animasi.
2.       Kartun menunjukkan seorang kanak terjumpa biji benih dan mula menanam
3.       Guru memperkenalkan tajuk pengajaran hari ini
“Penanaman Pokok Hiasan”
BBM:
Gambar digital
KBKK:
Membuat inferens, menjana idea
Nilai-nilai Murni:
Menyayangi alam sekitar, bertanggungjawab
PAS:
Pokok hiasan dapat membekalkan kitaran oksigen.

Langkah 1
(10 minit)
Mengenal bekas tanaman
1. Jenis bekas tanaman:
i)         pasu
ii)       beg politena

2. Bahan kitar semula :
iii)      botol plastik
iv)      periuk terbuang
v)       tayar terbuang
vi)      meja terbuang
vii)    baldi terbuang

1.       Murid diedarkan nota sebagai rujukan.
2.       Murid melihat tayangan power point sambil mendengar penerangan guru mengenai jenis bekas tanaman.

BBM:
Powerpoint , nota edaran
KBKK:
Membuat gambaran mental, mengingat kembali




Langkah 2
(15 minit)
Memilih bekas tanaman.
         i.            bahan bekas yang bersesuaian dengan jenis tanaman.
        ii.            bekas yang mempunyai lubang di bawah
      iii.            Pastikan bekas mudah dibersihkan
      iv.            menarik
1.       Murid dikehendaki berada dalam kumpulan dan berbincang mengenai pemilihan bekas tanaman yang sesuai berdasarkan nota rujukan.
2.       Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan mereka.
3.       Kumpulan terawal akan menerima hadiah pemadam.

BBM:
nota edaran, pemadam

KBKK:
Membuat gambaran mental,mengingat kembali
Nilai:
Estetika
Langkah 3
(15 minit)
Penyediaan bekas tanaman
  1. membersih,
  2. menutup lubang saliran
3.       memasukkan medium penanaman
1.       Murid melihat tayangan power point  dan video sambil mendengar penerangan guru mengenai langkah penyediaan bekas tanaman hiasan.

BBM:
Powerpoint



KBKK:
Membuat gambaran mental, mengingat kembali, menyusun mengikut keutamaan

Penilaian
(10 minit)
Kuiz berkumpulan
1.       Setiap kumpulan diberikan, marker pen
2.       Murid diberi taklimat mengenai syarat pertandingan, masa menjawab ialah 15 saat.
3.       Murid dikehendaki menjawab secara bertulis dengan memaparkan jawapan pada papan tulis..
4.       Kumpulan yang menang akan menerima hadiah pensil daripada guru.
Nilai-nilai murni:
Kerjasama
BBM:
pensel, marker pen, papan tulis,
Penutup
(5 minit)
Rumusan:
1.       Penanaman pokok hiasan
a.        Mengenal bekas tanaman
b.       Memilih bekas tanaman
c.        Menyediakan bekas tanaman

1.       Murid dibimbing untuk membuat rumusan.
2.       Murid bersoal jawab dengan guru mengenai hasil kerja telah mereka hasilkan.

Tugasan susulan:
Murid dikehendaki membuat bekas tanaman daripada bahan terbuang.
Kemahiran Berfikir:
membuat rumusan
Kajian Masa Depan:
Komersialkan penanaman pokok hiasan sebagai punca pendapatan sampingan

0 comments:

Post a Comment